pada tarikh 8 disember 2013, berlangsung majlis perkahwinan abang aku bertempat di kampung Cheh Hulu, Kati, Kuala Kangsar, Perak... majlis simple je makan-makan dan bersanding. tapi, persediaan untuk majlis tu agak kelakar sedikit.
pagi sebelum majlis bermula, ada satu barang yang terlepas pandang, bunga telur, pagi tu juga aku dan abang aku bergegas ke pekan Kuala Kangsar mencari bunga telur. nak pergi pun satu hal, belum sampai lagi motor yang aku pinjam dari atuk tayarnya pancit. telefon ayah minta tolong bawa pam tayar. akhirnya ayah datang bawa pap tayar dan kami bertukar motor takut nanti pamcit lagi..
sudah sampai pekan, nak mencari pula kedai jual bunga telur (orang perak panggil bunga paha). dah jumpa, tapi warna pula tak berapa menarik. nak tak nak kena sambar juga mana yang ada kat kedai tu. bunga telur dah ada tapi, telurnya pula nak digantikan dengan jelly yang bersaiz lebih kurang macam telur. pusing-pusing cari kedai yang jual jelly tersebut nasib baik jumpa. hahaha...
nak balik tu terpaksa aku bawa laju sebab nk cepat sampai, tetamu pula dah ada yang datang. siap punya siap nasib baik ada mak su aku tolong, kalau tak memang lambat la abang aku nak bersanding. opah pula da marah-marah (bukan marah sangat cuma dia tak nak tetamu tunggu lama sangat). dah selesai majlis, kami kemas-kemas semua barang, malam tu pula kami buat barbeku. senak perut aku makan banyak ayam panggang... hehe.. esok pula da nak balik johor sebab kena kerja....